Gajah India sedikit lebih kecil dibandingkan gajah Afrika, namun tetap merupakan hewan bertubuh besar. Gajah India jantan dapat berbobot 4,5 ton dan setinggi 3,5 m. Gajah India dan Afrika mudah sekali dibedakan. Gajah India memiliki telinga yang lebih kecil dan kepala yang lebih membumbung.
Gajah India merujuk kepada sub-spesies gajah Asia dan merupakan sub-spesies yang terbanyak jumlahnya. Gajah Asia banyak terdapat di India,
tetapi terdapat juga dalam bilangan kecil di Bangladesh, Bhutan,
Borneo, Kemboja, China, Laos, Semenanjung Malaysia, Myanmar, Nepal,
Thailand dan Vietnam. Bukti arkeologi menunjukkan bahawa gajah India
telah dijinakkan di lembah sungai Indus sekitar 4.000 tahun dahulu.
Menjinakkan tidak serupa dengan ternakan. Haiwan ternakan, seperti lembu
atau anjing, dilahirkan dalam kurungan dan akhirnya menurut pembiakan
pilihan. Gajah disebabkan perangai bengisnya, makanannya yang mahal dan
pertumbuhan yang perlahan (15 tahun untuk menjadi dewasa), biasanya,
kecuali dengan beberapa pengecualian, sentiasa ditangkap dari hutan dan
berikutnya dijinakkan untuk beberapa tujuan. Spesies pertama dijinakkan
dengan cara itu adalah Gajah India, untuk tujuan pertanian. Pengunaan gajah perang dalam ketenteraan bermula sekitar 1100 SM dan disebut dalam beberapa penulisan suci Sanskrit.
Penggunaan gajah sekali lagi oleh Kesultanan India, hampir mengakhiri
penaklukan Raja Timur. Pada tahun 1398 tentera Timur berhadapan dengan
seratus gajah India dalam pertempuran dan hampir kalah akibat tenteranya
ketakutan. Sejarah menceritakan bahawa orang-oang Turki menang dengan
menggunakan strategi bijaksana: Raja Timur membakar jerami dibelakang
untanya sebelum menyerbu. Asap membuatkan unta berlari kehadapan dan
menakutkan gajah yang melenyek tentera mereka sendiri ketika berusaha
melarikan diri. Satu lagi cerita dalam kempen itu (oleh Ahmed ibn
Arabshah) melaporkan bahawa Raja Timur menggunakan (kaltrop) besar untuk
menghentikan serbuan gajah. Kemudian, pemimpin Turki tersebut
menggunakan gajah-gajah tersebut menentang Empayar Turki Uthmaniyyah.
Post a Comment